top of page
Screenshot 2023-07-25 160527.png

SCAN KANDUNGAN

SCAN 2D
scan 2d

Contoh gambar scan 2D

Scan 2D ialah ultrasound hitam putih yang biasa dilakukan kepada ibu hamil untuk melihat perkembangan bayi. Ibu-ibu mesti dah biasa sangat dengan scan 2D ni kan?

Selain daripada perkembangan bayi scan 2D juga boleh dilakukan untuk melihat sebarang keganjilan pada janin semasa dalam kandungan. Prosedur ini dikenali sebagai detail scan atau anomaly scan.

Bila boleh buat Scan 2D ni?

 1. 2D Growth Scan (4-40 minggu)

 2. 2D FULL detail scan (20-25 minggu)

 3. 2D PARTIAL detail scan (26-30 minggu)

SCAN 3D

Scan 3D adalah teknologi terkini ultrasound yang mengeluarkan imej 3D bayi dalam kandungan. Scan ini memaparkan imej muka bayi anda dengan warna kekuningan.

Biasanya scan ini dilakukan semasa 28-32 minggu kehamilan.

scan 3d

Contoh gambar scan 3D

4d
SCAN 4D

Scan 4D boleh mencipta video bayi anda secara live. Seakan-akan melihat movie, anda boleh tengok bayi anda senyum dan menguap dalam kandungan.

 

Seronok kan?

 

Video inilah yang dikenali 4D iaitu “3D ultrasound in motion”.

Contoh gambar live 4D

SCAN 5D

Scan 5D menggunakan teknologi yang lebih canggih, mampu memaparkan imej bayi secara realistik yang mana imej yang dikeluarkan adalah seakan-akan warna kulit bayi (pink).

Biasanya scan ini dilakukan semasa 24-28 minggu kehamilan.

 

5d

Contoh gambar live 5D

6d
SCAN 6D + VR

Secara teknikalnya, 6D ultrasound diterjemah apabila pemeriksaan ultrasound itu menggunakan teknologi FRV 3D4D (oleh Samsung ) dan dilihat melalui “kaca mata 3D” (seperti yang diguna semasa menonton filem 3D di panggung) di mana imej dipapar di monitor television 3D

baby
ANATOMY SCAN

Dilakukan oleh Dr Anis iaitu doktor yang bertauliah untuk melakukan screening awal kehamilan seperti down syndrome. 

Boleh dapatkan tarikh temujanji anda segera.

2d
DETAILED SCAN

Detail scan dilakukan oleh pakar fetal maternal. Full detail scan sepatutnya dibuat masa minggu ke-18 ke minggu ke-24 yang mempunyai tahap ketepatan setinggi 90%, akan tetapi, jika ibu mengandung terlepas waktu optimum dia ingin membuat detail scan lagi, ibu mengandung boleh membuat partial detail scan masa minggu ke 25 ke minggu ke-29 yang mempunyai tahap ketepatan setinggi 60%.

nts
NT SCAN

scan ini bertujuan untuk mengesan kebarangkalian bayi mengalami Down’s Syndrome.

Nuchal translucency scan ini hanya boleh dilakukan dalam tempoh 11 minggu hingga 13 minggu dan 6 hari kehamilan. Selepas minggu ke-15, cecair ini biasanya akan menjadi kulit.

bottom of page