top of page

PEMBEDAHAN KECIL

Ketulan Lipoma

Lipoma adalah benjolan kulit daripada pertumbuhan tisu lemak yang perlahan-lahan berkembang di bawah permukaan kulit anda. Individu daripada mana-mana kumpulan usia boleh mengalami masalah lipoma ini, namun masalah benjolan kulit ini jarang terkena pada kanak-kanak.

1
Sebaceous cyst

Ketulan di bawah kulit yang mungkin mengandungi bahan cecair atau separa cair. Selalunya, sebaceous cyst dijumpai pada bahagian muka, leher,kulit kepala atau badan. Ia tumbuh dengan kadar perlahan dan tidak menyebabkan ancaman nyawa tetapi mungkin boleh menyebabkan rasa yang tidak selesa terutamanya apabila sebaceous cyst membesar.

2
3
Ganglion cyst

Ganglion merupakan ketumbuhan tisu yang paling kerap terjadi pada sendi pergelangan tangan. Secara purata, 70 peratus daripada ganglion terjadi pada bahagian belakang (dorsum) pergelangan tangan.

Skin Tag

Skin tag merupakan keadaan di mana kulit berbentuk seperti sebuah tanda yang menggantung.

Skin tag adalah potongan kulit kecil dan lembut yang tergantung atau memiliki tangkai. Skin tag ini dapat muncul di segala bagian kulit tubuh, akan tetapi lebih sering muncul pada area kulit yang bergesekan langsung dengan kulit lain atau pakaian.

4
5
Abscess cyst

Abscess adalah benjolan yang berisi nanah yang boleh terbentuk di mana-mana sahaja pada badan manusia termasuk tangan, kaki, kepala, badan malah pada struktur dalam badan manusia termasuk di dalam otot dan pada organ dalaman manusia termasuk hati (liver) manusia.

6
Osteoma

Osteoma osteoid ialah sejenis tumor tulang bukan kanser yang biasa. Tumor ini biasanya kecil (kurang daripada 2 cm) dan paling kerap ditemui pada tulang kaki, lengan, tulang belakang, tangan dan kaki. Ia biasanya berlaku pada kanak-kanak dan dewasa muda tetapi kadangkala boleh berlaku pada orang dewasa yang lebih tua. Gejala yang paling biasa adalah sakit, yang mungkin teruk dan selalunya lebih teruk pada waktu malam.

7
Keloid

Keloid adalah parut besar yang timbul, tidak sekata dan akan semakin membesar. Ianya disebabkan oleh pembentukan kolagen yang berlebihan di dalam proses pembaikan tisu dan penyembuhan luka. Biasanya keloid terjadi pada cuping telinga, lengan, bahagian pelvis dan dada.

8
Xanthogranuloma

Xanthoma merupakan kelainan kulit yang ditandai dengan penumpukan lemak. Biasanya xanthoma terjadi di dekat kelopak mata bagian atas.

9
Gout

Gout sebenarnya dikelaskan sebagai penyakit Artritis yang berpunca daripada pengumpulan asid urik pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama pada kaki.

10
Kematu

Kematu berlaku apabila terdapat lingkaran bulat daripada kulit yang menebal di jari kaki atau tapak kaki. Kematu sebenarnya mekanisme yang dilakukan badan untuk mengatasi kemelecetan di kaki daripada berlaku. Hammer toe, bunion atau faktor kasut yang tidak bersesuaian boleh terjadi sebab kematu berlaku.

11
Ketuat

Ketuat biasa atau common wart merupakan bonjolan daging keras dan kasar yang timbul pada bahagian tertentu selalunya di tangan. Bahagian yang dijangkiti ketuat timbul, berbentuk bulat dan mempunyai permukaan yang kasar dan keras.

12
Kulat

Kaki atlet juga dikenali sebagai Tinea Pedis adalah jangkitan kulat berjangkit yang mempengaruhi kulit pada bahagian kaki. Bukan hanya terhad pada kawasan kaki, ia juga boleh merebak ke kuku kaki dan tangan.

13
Sunat kanak-kanak & Dewasa

Di Poliklinik Walid juga ada menyediakan perkhidmatan untuk sunat bagi kanak-kanak yang berusia 2 tahun ke atas dan sunat dewasa.

bottom of page