Ramadhan :Program kongsi rezeki bersama masyarakat
-
April 2023
-
Walid Media
Program bulan ramadan bersama masyarakat sekitar dengan berkongsi menu juadah berbuka. Melibatkan 2 bazar pada minggu ke-2 kami terjah bazar seberang jaya dan pada ke-3 kami terjah bazar di masjid bandar perda.

Hanya melibatkan beberapa orang staf dan bersama kami ada Dr Fareez yang sama-sama turun padang untuk mengagihkan menu juadah berbuka kepada masyarakat sekitar bazar yang kami terjah. Alhamdulillah, di bazar Seberang Jaya kami mengagihkan 50 bungkus air yang pelbagai jenis daripada gerai PakTeh Fruit. Walaupun dalam keadaan hujan lebat kami berjaya menghabiskan 50 bungkus air walaupun terpaksa meredah hujan.


Di bazar Masjid Bandar Perda pula menu yang kami pilih adalah Murtabak PokDin sebanyak 50 keping. Walaupun dalam keadaan cuaca yang panas ketika itu dan bulan puasa pula tidak mematahkan semangat kami untuk mengagihkan makanan kepada masyarakat sekitar. Seronok dapat tengok senyuman mereka. Alhamdulillah, bazar ke-2 selesai.


